CARA MAKAN

Aturan makan 
MAAJUN WARISAN KELUARGA
MWK


  • Cara pengambilan bagi kali pertama adalah perlu diambil pada hari ketiga datang haid.
     
  • Makan sebiji sehari sahaja bersama air suam. Makan selama 21 hari sahaja. Apabila telah habis 21 biji rehat selama 7 hari dan sambung botol yang kedua. Begitulah seterusnya
     
    Contoh: sekiranya ubat habis hari ahad perlu rehat 7 hari dan sambung botol ke dua pada hari ahad depan
     
  • Bagi yang lepas berpantang perlu diambil pada hari ke 44 lepas bersalin. Makan sebiji sehari juga selama 21 hari dan rehat 7 hari untuk sambung ke botol yang seterusnya.
  • Oleh kerana maajun ini adalah dari akar kayu adalah dinasihatkan mengambilnya pada malam hari sebelum tidur. Dinasihatkan meminum air yang lebih dan mandi dengan kerap untuk mengurangkan kepanasan badan.
  • Sekiranya terlupa untuk diambil pada malam hari jadi perlu diambil pada awal pagi ke esokannya sebiji sahaja dan apabila malam ambil sebiji lagi bagi hari itu. Tidak perlu makan 2 biji sekali.
  • Adalah dinasihatkan makan dengan teratur untuk mendapat kesannya.
  • Apabila mengambil maajun ini segala ubatan tradisional yang lain adalah tidak digalakkan kerana rumusan kandungan yang terdapat di dalam maajun ini sudah cukup lengkap bagi kesihatan seseorang itu.
  • Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin dan mengalami masalah seperti keputihan dan kegatalan yang teruk adalah di nasihatkan agar mengambil maajun ini selama 5 hingga 7 hari bagi merawat masalah yang di alami. Setelah itu berhenti dan ambil pula di bulan hadapan. Begitulah seterusnya sehingga masalah yang di alami itu hilang.


 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan